BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, March 4, 2012

Kata hati....

Aku ada hati yang boleh kau lukai

Aku ada perasaan yang boleh kau guris

Aku ada cinta yang boleh kau duakan

Aku ada sayang yang boleh kau nafikan

Aku ada semua yang boleh kau sakiti

Tetapi Aku cuma ada kau yang mampu aku sayangi...

Wednesday, December 28, 2011

Cinta Tak pernah gila

kau kata aku gila
aku terima
Kau kata aku bodoh
aku mengaku
kau kata aku penyebab luka
aku juga terima
Kau kata aku masa silam
Siapa kau sebelum aku?
Kau kata aku Curang
kau masih belum tahu
Kau kata akulah derita
Siapa pengubatnya?
Tetapi...
bila aku mula berkata
dan kau tersenyum
aku cukup bahagia...

Saturday, August 13, 2011

Aku

Hati ini begitu sepi,
Terasa baru semalam kita berpisah,
atau aku yang berkelana terlalu lama
lukanya sudah mula terubat
ubatnya masa yang setia berputar
seperti karang yang dihempas ombak
masih terngiang-ngiang suaramu
merisik kabar dan berjenaka
apakah hati ini akan sembuh
atau hanya membiarkan luka lama
berdarah semula...

Tuesday, February 22, 2011

Biarlah Ku Sengsara Sendiri



Biarlah ku hidup sendiri
Usah kau ganggu lagi diriku
Ku ingin damaikan hati ini

Bertahun peristiwa berlalu
Tak guna kau sebut-sebut lagi
Menambah sakitnya hati yang lara

Masa engkau pergi dulu
Tiada pesan engkau tinggalkan
Ku berduka ku merana
Hidup sepi tak berteman
Hanyut sudah impianku
Dalam arus airmata
Kerana kau

Mengapa kau tanyakan kisahku
Insani yang hidup penuh sendu
Biarlah aku sengsara sendiri

Friday, February 18, 2011

Dia kekasihku

Dalam gema suara sayup menyapa
Disebalik tirai angin ditengah pepohon layu
Sering berkata-kata dengan keras
Dia kekasihku
Walau seribu kata putus saudara
biar lagit biru menjadi awan kelabu
Maksudnya tetap sama
Dia kekasihku
Berbisik mesra ditelinga
Kadang hampir terleka
Biar jauh seribu batu
Biar badai membelah lautan
Aku tetap pernah memilikimu
Walaupun hanya seketika
Belum sempat kuluahkan semua
Tetapi itu tetap istimewa
Tetap akan ku kenang hingga akhir hayat nanti
Kini ku rela
Rela membiarkan kumbang lain mendekati kelopak mu
Bukan kerana tidak lagi memiliki
Tetapi kerana aku mahu punya pengganti
Supaya dikau bahagia dikemudian hari
Kekasihku.

Wednesday, February 9, 2011

Awan nano

Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Sedetik lebih

Setiap nafas yang dihembus

Setiap degupan jantung

Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan

Dalam tidur dan khayalan

Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang

Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu

Kerana kau beri erti hidup

Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan

Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia

Asal masih adanya kamu