kau kata aku gila
aku terima
Kau kata aku bodoh
aku mengaku
kau kata aku penyebab luka
aku juga terima
Kau kata aku masa silam
Siapa kau sebelum aku?
Kau kata aku Curang
kau masih belum tahu
Kau kata akulah derita
Siapa pengubatnya?
Tetapi...
bila aku mula berkata
dan kau tersenyum
aku cukup bahagia...
Wednesday, December 28, 2011
Cinta Tak pernah gila
Posted by Dedaun at 4:34 AM 0 comments
Saturday, August 13, 2011
Aku
Hati ini begitu sepi,
Terasa baru semalam kita berpisah,
atau aku yang berkelana terlalu lama
lukanya sudah mula terubat
ubatnya masa yang setia berputar
seperti karang yang dihempas ombak
masih terngiang-ngiang suaramu
merisik kabar dan berjenaka
apakah hati ini akan sembuh
atau hanya membiarkan luka lama
berdarah semula...
Posted by Dedaun at 2:12 AM 0 comments
Tuesday, February 22, 2011
Biarlah Ku Sengsara Sendiri
Biarlah ku hidup sendiri
Usah kau ganggu lagi diriku
Ku ingin damaikan hati ini
Bertahun peristiwa berlalu
Tak guna kau sebut-sebut lagi
Menambah sakitnya hati yang lara
Masa engkau pergi dulu
Tiada pesan engkau tinggalkan
Ku berduka ku merana
Hidup sepi tak berteman
Hanyut sudah impianku
Dalam arus airmata
Kerana kau
Mengapa kau tanyakan kisahku
Insani yang hidup penuh sendu
Biarlah aku sengsara sendiri
Posted by Dedaun at 5:34 AM 0 comments
Friday, February 18, 2011
Dia kekasihku
Dalam gema suara sayup menyapa
Disebalik tirai angin ditengah pepohon layu
Sering berkata-kata dengan keras
Dia kekasihku
Walau seribu kata putus saudara
biar lagit biru menjadi awan kelabu
Maksudnya tetap sama
Dia kekasihku
Berbisik mesra ditelinga
Kadang hampir terleka
Biar jauh seribu batu
Biar badai membelah lautan
Aku tetap pernah memilikimu
Walaupun hanya seketika
Belum sempat kuluahkan semua
Tetapi itu tetap istimewa
Tetap akan ku kenang hingga akhir hayat nanti
Kini ku rela
Rela membiarkan kumbang lain mendekati kelopak mu
Bukan kerana tidak lagi memiliki
Tetapi kerana aku mahu punya pengganti
Supaya dikau bahagia dikemudian hari
Kekasihku.
Posted by Dedaun at 1:26 AM 0 comments
Wednesday, February 9, 2011
Awan nano
Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri
Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu
Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu
Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Posted by Dedaun at 4:59 PM 0 comments
Labels: Hafiz
Sedetik lebih
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu
Posted by Dedaun at 4:24 PM 0 comments
Labels: Anuar zain
Sunday, February 6, 2011
Selamat ulang tahun
Selamat hari lahir...
Semoga panjang umur dan murah rezeki...
Harapannya agar dipermudahkan segala urusan
Dan sentiasa tabah mengharungi hidup ini...
Posted by Dedaun at 1:55 AM 0 comments

