BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, September 28, 2010

KISAH CINTA KU...

IANYA BERMULA BILA AKU BERTEMU SIDIA
SIDIA YANG PUNYA NAMA TETAPI RAHSIA
DALAM KEADAAN YANG SERBA TIDAK SENGAJA
HATI TERPAUT TIDAK SEMENA
BUKAN KERANA CANTIKNYA DIA ATAUPUN HARTA
MUNGKIN INI YANG DIKATAKAN PANDANG PERTAMA
AKU MULA BERJANJI SUMPAH SETIA
TIDAK AKAN MELUKAKAN HATINYA WALAUPUN APA CARA
CINTAKU DITOLAK PADA MULANYA
KERANA AKU DIANGGAP TEMAN BIASA
AKU BUKAN MUDAH BERPUTUS ASA
KEMUDIAN AKU CUBA KALI KEDUA
AKHIRNYA CINTAKU DISAMBUT PENUH MESRA
HARI YANG MENDATANG PASTI PENUH CERITA
DALAM SUKA BERSULAM DUKA
TAPI SEMUANYA DILALUI BERSAMA
AKUPUN BERANGAN TAK KIRA MASA
HARAP KISAH INI BERAKHIR BAHAGIA
TETAPI AKU MUNGKIN SELALU TERLUPA
SETIAP YANG DATANG AKAN PERGI JUA
PANAS AKU HARAPKAN HUJAN PULA DATANG MENYAPA
SEWAKTU USIA CINTA MASUK BULAN KEDUA
AKU DIKEJUTKAN DENGAN SATU BERITA
KATANYA SAMPAI DISINI SAHAJA HUBUNGAN KITA BERDUA
HARAPNYA TIADA DENDAM ANTARA KITA
MULUT MUDAH BERKATA-KATA
HATI INI JUGA YANG MENANGGUNG DERITA
HARI MENDATANG AKU TANGGUNG SEGALA SIKSA
SEPARUH GILA AKU DIBUATNYA
TERPAKSA MELEPASKAN TANPA RELA
HINGGA KUJATUHKAN AIR MATA
HATIKU BERBISIK PADA SUATU SENJA
APA ERTINYA MENYIKSA JIWA
SEDAR TAK SEDAR SUDAH DUA TAHUN LAMANYA
NAMUN AKU MASIH TERINGATKAN DIA
YANG KINI SUDAHPUN BERPUNYA
LALU AKU BINGKAS TERJAGA DARI LENA
APA TERJADI HIDUP AKU TERUSKAN JUA
MALANGNYA AKU HANYA MANUSIA BIASA
HARI-HARIKU TERINGATKAN SIDIA
WALAUPUN AKU SUDAH DILUPA
TETAPI ITU TIDAK MENGAPA
KERANA CINTAKU HANYA UNTUK SIDIA...

Monday, July 26, 2010

Untukmu...

Kau terindah,
Kan selalu terindah,
Sekian lama kupendam perasaanku padamu,
kau pemilik hatiku,
Aku hanya ingin kau tahu siang malamku untukmu,
Aku hanya ingin kau tahu ku menyayangimu,
Engkau adalah nafasku,
Tapi ku tahu kau bukan miliku,
Kau sudah ada yang memiliki,
bahagia mu bahagia juga diriku,
Walaupun nyawa ku sebagai gantinya,
Walau kau tak lagi denganku,
Dan jangan kau sesali apa yang telah terjadi,
Tetaplah jalani hidup ini Pujaanku...

Wednesday, April 28, 2010

Aku lelaki

Aku lelaki...
Jadi aku ingin tahu ape yang perempuan nak...
Sbb aku selalu ada masalah itu...

Bila aku tanya soalan biasa
Dia cakap aku xde modal.
Bila aku tak tanye
Dia cakap aku tak ambil berat.

Jadi bermulalah kisah yang tak pernah sehaluan...

Bila aku tanye keluar dengan siapa
Dia cakap aku control
Bila aku xkesah dia keluar dengan siapa
Dia cakap aku langsung xde perasaan.

Bila aku bercakap soal setia
Dia cakap aku meragui cintanya
Bila aku percaya dengan cintanya
Dia pulak ambil kesempatan.

Kata orang cinta itu buta...
Jadi nampaknye aku memang dah buta...

Bila aku keluarkan kata-kata nasihat
Dia cakap aku marah
Bila aku diam
Dia cakap aku dah berubah.

Bila aku tanya baik-baik
Dia melenting
Bila aku tanya kenapa melenting
Dia cakap "biasalah sebulan sekali" Paham la kan...

Seperti kata Dato` Dr fadzilah kamsah " Hormon tak seimbang"
Aku teruskan lagi...

Bila aku suka dia buat macam tu
Dia tukar buat mcm ni
Bila aku tak suka dia buat macam ni
Dia terus buat mcm ni.

Aduyai... Sekali sekala ok la kot...
Tapi kalau da selalu... Paham-paham la...

Bila aku ikut kehendak dia
Ha!!! yang ni dia suka
Bila aku pulak suruh ikut kehendak aku
Mulalah tarik muka.

Bila aku berjanji takkan marah
Dia selalu cuba buat aku marah
Bila sekali aku naik darah
Tau pulak lari tak cukup tanah.

Bila aku bergurau
Dia amik serius gurauan aku
Bila aku serius
Dia main-main pulak.

Aku selalu tanya kenapa...
Tapi jawapannya xpernah ada...

Bila aku pandang orang lain
Dia cakap aku ni buaya
Bila dia pulak pandang orang lain
Dia cakap "Eh, macam kenal la"

Bila aku jadi romantik
Dia cakap aku jiwang
Bila aku tunjukkan sifat lelaki
Dia cakap aku ego

Bila dia merajuk
Aku cakap aku memang tak reti pujuk
Dah tau aku tak reti pujuk
Selalu pulak dia merajuk

So ape yang dia nak sebenarnye???
Kalau dah semuanya tak kena...
Jadilah aku seorang yang single sampai ke tua.
Ada aku kesah!!!

Jadi macam nie lah kisah aku...
Bukan nak tuju kepada sesiapa
Tapi cuma nak dapat jawapan
So double check la hubungan korang

Kalau rasa-rasa nak bercinta tu
Bercintalah elok-elok
Jagalah satu sama lain
Jangan la asyik nak pikir pasal diri sendiri je...

Bukanlah aku ni selalunya betul
Tapi tak salah kan mengaku aku betul sekali sekala
Ini tak.
Setiap kali aku je yang salah.

Wednesday, March 3, 2010

Aku dan diriku

Kita punya teman,
Tetapi sering disishkan.
Kita punya kawan,
tetapi selalu ditertawakan.
Apakah bezanya ini semua
Bila kita berbicara dengan mata pena
bila kita disisihkan oleh dunia
Tanpa sempat melihat mata
mereka berpaling entah kemana
Disaat ini aku gembira
Gembira kerana aku masih ditertawakan
Gembira kerana aku masih tersisih
Kerana itulah aku
Itulah diriku yang aku banggakan
Tiada seorang pun mampu menjadi aku
Jika ada yang mengatakan
Alangkah baiknya menjadi engkau
ingin aku ceritakan seribu kisah tentang kehidupan
Supaya engkau dapat melihat dari sudut pandang diriku



Tuesday, March 2, 2010

Mahkota Cinta

Ladang kita air mengalir di segala liku
tanaman subur menghijau dan rumput-rumput baldu
ia datang matanya bintang suaranya lagu
membawa khabar mesra salam dari ibu

Kucintai tanah ini kerana kami di sini
rumah kecil tapi telah didirikan oleh lelaki
teguh dan keramat seperti gunung besi
ladang tercinta, kubenam hati di sini

Tumbuh segala kasih berbuah berbunga
ladang comel sekarang milik kita bersama
akan lahir manusia baru sudah bernama
setia, putera kasih mewarisi mahkota cinta!

Usman Awang
1966

( Dipetik dari Antologi Puisi Bintang Mengerdip, DBP )

Wednesday, November 11, 2009

ILham Ku...

Cinta itu indah
Bila kita resah menanti panggilan si dia
Tersenyum sendiri
Menangis seolah-olah kita kehilangan sesuatu
Hanya kerana si dia terlupa untuk mengucapkan selamat malam
Cinta itu indah.
Seindah puisi yang sempurna
Penuh dengan kata-kata romantis
Penuh dengan suka dan duka
Tetapi ada kalanya meracun hati
Namun in juga penawar
Hidup tanpa cinta
Ibarat pasir yang kering dan tandus ditengah teriknya mentari
Cinta...
Tetap akan ada didalam hati setiap manusia
Persoalannya...
Mampukah kita mengucapkan kata cinta?
Kerana cinta sejati;
adalah cinta yang tulus dan ikhlas
Lahir dari hati yang suci
Tanpa mengharap balasan
Cinta...
Bisa membutakan mata setiap manusia
Bezanya???
Bila cinta itu dilafazkan pelbagai cara
Punya pengertian yang berbeza
Tetapi rasanya tetap sama
Ingin memiliki dan dimiliki...

Monday, September 7, 2009

JUJUR

Melihat dikau bahagia adalah harapanku,
Walaupun bukan bersama diriku,
Didalam senyuman ini punya seribu satu kisah tentang kehidupan,
Dimana tak semua yang diimpikan harus dimiliki
Andainya dikau bukan milikku
Kan kuizin dikau pergi demi kebahagiaan mu...