Kau terindah,
Kan selalu terindah,
Sekian lama kupendam perasaanku padamu,
kau pemilik hatiku,
Aku hanya ingin kau tahu siang malamku untukmu,
Aku hanya ingin kau tahu ku menyayangimu,
Engkau adalah nafasku,
Tapi ku tahu kau bukan miliku,
Kau sudah ada yang memiliki,
bahagia mu bahagia juga diriku,
Walaupun nyawa ku sebagai gantinya,
Walau kau tak lagi denganku,
Dan jangan kau sesali apa yang telah terjadi,
Tetaplah jalani hidup ini Pujaanku...
Monday, July 26, 2010
Untukmu...
Posted by Dedaun at 5:09 AM 0 comments
Wednesday, April 28, 2010
Aku lelaki
Aku lelaki...
Jadi aku ingin tahu ape yang perempuan nak...
Sbb aku selalu ada masalah itu...
Bila aku tanya soalan biasa
Dia cakap aku xde modal.
Bila aku tak tanye
Dia cakap aku tak ambil berat.
Jadi bermulalah kisah yang tak pernah sehaluan...
Bila aku tanye keluar dengan siapa
Dia cakap aku control
Bila aku xkesah dia keluar dengan siapa
Dia cakap aku langsung xde perasaan.
Bila aku bercakap soal setia
Dia cakap aku meragui cintanya
Bila aku percaya dengan cintanya
Dia pulak ambil kesempatan.
Kata orang cinta itu buta...
Jadi nampaknye aku memang dah buta...
Bila aku keluarkan kata-kata nasihat
Dia cakap aku marah
Bila aku diam
Dia cakap aku dah berubah.
Bila aku tanya baik-baik
Dia melenting
Bila aku tanya kenapa melenting
Dia cakap "biasalah sebulan sekali" Paham la kan...
Seperti kata Dato` Dr fadzilah kamsah " Hormon tak seimbang"
Aku teruskan lagi...
Bila aku suka dia buat macam tu
Dia tukar buat mcm ni
Bila aku tak suka dia buat macam ni
Dia terus buat mcm ni.
Aduyai... Sekali sekala ok la kot...
Tapi kalau da selalu... Paham-paham la...
Bila aku ikut kehendak dia
Ha!!! yang ni dia suka
Bila aku pulak suruh ikut kehendak aku
Mulalah tarik muka.
Bila aku berjanji takkan marah
Dia selalu cuba buat aku marah
Bila sekali aku naik darah
Tau pulak lari tak cukup tanah.
Bila aku bergurau
Dia amik serius gurauan aku
Bila aku serius
Dia main-main pulak.
Aku selalu tanya kenapa...
Tapi jawapannya xpernah ada...
Bila aku pandang orang lain
Dia cakap aku ni buaya
Bila dia pulak pandang orang lain
Dia cakap "Eh, macam kenal la"
Bila aku jadi romantik
Dia cakap aku jiwang
Bila aku tunjukkan sifat lelaki
Dia cakap aku ego
Bila dia merajuk
Aku cakap aku memang tak reti pujuk
Dah tau aku tak reti pujuk
Selalu pulak dia merajuk
So ape yang dia nak sebenarnye???
Kalau dah semuanya tak kena...
Jadilah aku seorang yang single sampai ke tua.
Ada aku kesah!!!
Jadi macam nie lah kisah aku...
Bukan nak tuju kepada sesiapa
Tapi cuma nak dapat jawapan
So double check la hubungan korang
Kalau rasa-rasa nak bercinta tu
Bercintalah elok-elok
Jagalah satu sama lain
Jangan la asyik nak pikir pasal diri sendiri je...
Bukanlah aku ni selalunya betul
Tapi tak salah kan mengaku aku betul sekali sekala
Ini tak.
Setiap kali aku je yang salah.
Posted by Dedaun at 1:41 AM 0 comments
Wednesday, March 3, 2010
Aku dan diriku
Posted by Dedaun at 4:56 AM 0 comments
Tuesday, March 2, 2010
Mahkota Cinta
Ladang kita air mengalir di segala liku
tanaman subur menghijau dan rumput-rumput baldu
ia datang matanya bintang suaranya lagu
membawa khabar mesra salam dari ibu
Kucintai tanah ini kerana kami di sini
rumah kecil tapi telah didirikan oleh lelaki
teguh dan keramat seperti gunung besi
ladang tercinta, kubenam hati di sini
Tumbuh segala kasih berbuah berbunga
ladang comel sekarang milik kita bersama
akan lahir manusia baru sudah bernama
setia, putera kasih mewarisi mahkota cinta!
Usman Awang
1966
( Dipetik dari Antologi Puisi Bintang Mengerdip, DBP )
Posted by Dedaun at 1:19 PM 0 comments
Labels: Usman awang
Wednesday, November 11, 2009
ILham Ku...
Cinta itu indah
Bila kita resah menanti panggilan si dia
Tersenyum sendiri
Menangis seolah-olah kita kehilangan sesuatu
Hanya kerana si dia terlupa untuk mengucapkan selamat malam
Cinta itu indah.
Seindah puisi yang sempurna
Penuh dengan kata-kata romantis
Penuh dengan suka dan duka
Tetapi ada kalanya meracun hati
Namun in juga penawar
Hidup tanpa cinta
Ibarat pasir yang kering dan tandus ditengah teriknya mentari
Cinta...
Tetap akan ada didalam hati setiap manusia
Persoalannya...
Mampukah kita mengucapkan kata cinta?
Kerana cinta sejati;
adalah cinta yang tulus dan ikhlas
Lahir dari hati yang suci
Tanpa mengharap balasan
Cinta...
Bisa membutakan mata setiap manusia
Bezanya???
Bila cinta itu dilafazkan pelbagai cara
Punya pengertian yang berbeza
Tetapi rasanya tetap sama
Ingin memiliki dan dimiliki...
Posted by Dedaun at 12:39 PM 0 comments
Monday, September 7, 2009
JUJUR
Melihat dikau bahagia adalah harapanku,
Walaupun bukan bersama diriku,
Didalam senyuman ini punya seribu satu kisah tentang kehidupan,
Dimana tak semua yang diimpikan harus dimiliki
Andainya dikau bukan milikku
Kan kuizin dikau pergi demi kebahagiaan mu...
Posted by Dedaun at 2:52 PM 0 comments
Monday, July 13, 2009
Mimpi
Setiap kali kuterpandang wajahmu
Sejuta kekaguman lahir dari hati ini
Bila engkau mula tersenyum padaku
Aku harap dunia ini berhenti untuk selamanya
Engkau ibarat permata
Yang lahir didalam kerak bumi entah dimana
Hatiku gementar, berdebar dan celaru
Setiap kali kau memandang kearahku
Walaupun itu bukan untukku
Aku tahu
Aku bukan seperti yang engkau impikan
Bukan menulis dalam bahasa yang engkau tuturkan
Aku sedar semua itu
Tetapi izikan aku bermimpi Buat seketika
Bermimpi engkau tersenyum manis untukku
Melayan semua karenah ku
Dan berbual mengisi waktuku
Kerana aku tahu
Engkau adalah mimpi
Mimpi yang pasti tidak akan kukecapi
Walaupun aku hidup kembali.
Izikan aku menyentuhmu
Sentuhan yang lahir dari lubuk hatiku
Kerana sebentar lagi pasti aku akan terjaga
Terjaga dari mimpi yang indah ini
Dan meneruskan hari-hariku
Dengan mengagumimu
Seumur hidupku...
Posted by Dedaun at 7:11 PM 0 comments

