Sekali ini aku duduk terpaku mengenangkan kisah kita.
Aku bukan pengkhianat yang sanggup mengkhianati cinta mu
Aku hanya lelaki biasa yang juga punya perasaan
Kau tinggalkan aku dalam kesamaran
Kau tinggalkan aku keseorangan dalam kegelapan
kau tahu apa yang terjadi padaku selepas kau ucapkan kata perpisahan?
Aku seperti orang yang tidak punya apa-apa
Hati aku hancur
Aku menangis sekuat hati tetapi engkau masih tidak kembali
Sekali ini aku rasa sakit yang amat dalam
Seperti aku sudah kehilangan segalanya
Aku terpaku seperti hilang arah
Hampir dua tahun aku berduka
Setiap hari-hari ku teringatkan kamu
Bagaimana boleh aku buang semua kisah tentang kita
Sedangkan hati ini terlalu mencintai kamu
Aku tidak lagi tersenyum seperti biasa
Kau ragut seluruh kegembiraan didalam hatiku
Kenapa kau tak bunuh sahaja aku?
Bukan kah itu lebih baik dari disiksa sebegini
Apa lagi yang ingin kau tahu tentang hidupku?
Selagi matahari belum terbit aku tidak berani melelapkan mata
Kerana bayangmu selalu menyapa
Aku takut jika aku terlena kau akan pergi tinggalkan aku
Sedangkan waktu itu kau sebenarnya telah jauh dariku
Kemudian aku berjanji
Tak akan ada lagi senyuman yang datang dari hati
Sekarang…
Aku masih tetap seperti dulu
Tidak pernah berubah sebesar zarah pun
Masih tetap memujamu
Sedangkan aku tahu kau bukan lagi milikku
Dan sudah hampir pasti kau bukan milikku untuk selamanya
Namun aku masih seperti dulu
Menanti sesuatu yang tidak pasti
Ibarat pungguk yang setia merindukan bulan
Dan jika aku ditakdirkan pergi dulu sebelum mu
Ingatlah aku sentiasa mencintaimu hingga akhir hayatku…


0 comments:
Post a Comment