Cinta itu indah
Bila kita resah menanti panggilan si dia
Tersenyum sendiri
Menangis seolah-olah kita kehilangan sesuatu
Hanya kerana si dia terlupa untuk mengucapkan selamat malam
Cinta itu indah.
Seindah puisi yang sempurna
Penuh dengan kata-kata romantis
Penuh dengan suka dan duka
Tetapi ada kalanya meracun hati
Namun in juga penawar
Hidup tanpa cinta
Ibarat pasir yang kering dan tandus ditengah teriknya mentari
Cinta...
Tetap akan ada didalam hati setiap manusia
Persoalannya...
Mampukah kita mengucapkan kata cinta?
Kerana cinta sejati;
adalah cinta yang tulus dan ikhlas
Lahir dari hati yang suci
Tanpa mengharap balasan
Cinta...
Bisa membutakan mata setiap manusia
Bezanya???
Bila cinta itu dilafazkan pelbagai cara
Punya pengertian yang berbeza
Tetapi rasanya tetap sama
Ingin memiliki dan dimiliki...
Wednesday, November 11, 2009
ILham Ku...
Posted by Dedaun at 12:39 PM 0 comments
Monday, September 7, 2009
JUJUR
Melihat dikau bahagia adalah harapanku,
Walaupun bukan bersama diriku,
Didalam senyuman ini punya seribu satu kisah tentang kehidupan,
Dimana tak semua yang diimpikan harus dimiliki
Andainya dikau bukan milikku
Kan kuizin dikau pergi demi kebahagiaan mu...
Posted by Dedaun at 2:52 PM 0 comments
Monday, July 13, 2009
Mimpi
Setiap kali kuterpandang wajahmu
Sejuta kekaguman lahir dari hati ini
Bila engkau mula tersenyum padaku
Aku harap dunia ini berhenti untuk selamanya
Engkau ibarat permata
Yang lahir didalam kerak bumi entah dimana
Hatiku gementar, berdebar dan celaru
Setiap kali kau memandang kearahku
Walaupun itu bukan untukku
Aku tahu
Aku bukan seperti yang engkau impikan
Bukan menulis dalam bahasa yang engkau tuturkan
Aku sedar semua itu
Tetapi izikan aku bermimpi Buat seketika
Bermimpi engkau tersenyum manis untukku
Melayan semua karenah ku
Dan berbual mengisi waktuku
Kerana aku tahu
Engkau adalah mimpi
Mimpi yang pasti tidak akan kukecapi
Walaupun aku hidup kembali.
Izikan aku menyentuhmu
Sentuhan yang lahir dari lubuk hatiku
Kerana sebentar lagi pasti aku akan terjaga
Terjaga dari mimpi yang indah ini
Dan meneruskan hari-hariku
Dengan mengagumimu
Seumur hidupku...
Posted by Dedaun at 7:11 PM 0 comments
Friday, June 26, 2009
Izinkan aku menyayangimu
Andai kau izinkan
Walau sekejap memandang
Kubuktikan kepadamu
Aku meiliki rasa
Cinta yang kupendam
Tak sempat aku nyatakan
Karena kau telah memilih
Menutup pintu hatimu
Izinkan aku membuktikan
Inilah kesungguhan rasa
Izinkan aku menyayangimu
Sayangku
Dengarkanlah isi hatiku
Cintaku
Dengarkanlah isi hatiku
Bila cinta tak mungkin menyatukan kita
Bila kita tak mungkin bersama
Aku tetap menyayangimu
Aku sayang padamu
Posted by Dedaun at 10:15 AM 0 comments
Labels: iwan fals
Haruskah aku mati
Bagaimana mestinya
Membuatmu jatuh hati pada ku
Telah ku tuliskan sejuta puisi
Meyakinkanmu membalas cintaku
Haruskah ku mati kerana mu
Terkubur dalam kesedihan sepanjang waktu
Haruskah ku relakan hidupku
Hanya demi cinta yang mungkin bisa membunuhku
Hentikan denyut nadi jantungku
Tanpa kau tahu betapa suci hatiku untuk memilikimu
Adakah keikhlasan
Dalam palung jiwamu mengetukku
Ajarkanmu bahasa perasaan
Hingga hatimu tak lagi membeku
Tiadakah ruang dihatimu untukku
Yang mungkin bisa untuk ku singgahi
Hanya sekadar penyejuk disaat ku layu
Ku setia menantimu sehingga akhir masa
Posted by Dedaun at 9:44 AM 1 comments
Tuesday, June 23, 2009
Kau
Pertama kali ku melihatmu
bukannya mimpi atau fantasi
Bila aku mula menaruh hati
itu adalah diriku sendiri
Mulut ku terkunci
bukti kagumnya diriku padamu
Tapi aku tahu
kita ibarat langit dengan bumi
siapalah aku dimatamu
Pernah aku berjanji
akan ku jaga hatimu sebaik mungkin
walaupun hatiku parah ditusuk sembilu
Kau yang teristimewa
hidupku sepi tanpa dirimu
Setelah kau pergi
tanpa ku sedari
Tak pernah ku menyesal bertemu dirimu
walaupun itu sekejap dihatimu
malah aku selalu bersyukur
mengenali wanita sepertimu
Posted by Dedaun at 8:20 AM 0 comments
Sunday, June 21, 2009
Gadis Dan Ayat Suci
Suara yang manis dalam bisik daun-daun
Beralun lagu Tuhan di sayap angin malam
Redup menyusup di bawah langit bertirai sepi
Gadis tetangga (simpatiku pada matanya yang buta)
Dari sinar hatinya membaca ayat-ayat suci
Awan-awan berderetan dalam arakan sejarahnya
Di mana lagu dan suara menjangkau pula
Semakin tinggi, meninggi tak tercapai mata
Disaputnya langit di atas awan berarak
Gema merdu meresap mengocak ke bintang terserak
Lalu melayah menurun mengusap puncak gunung
Melayang manis mencapai bukit-bukit gundul
Menurun lagi merendah mencecah hujung pucuk-pucuk
Dari ranum dalam kembang-kembang segar senyum
Ah, merendah pula ia meratai bumi Tanahair
Semakin malam lagu Tuhan dari bibir syurga
(Gadis buta melanjutkan khatam bulan puasa)
Membawa para malaikat menjengah dada manusia
Hidup yang damai dari keyakinan dan cinta
Berdetiklah di hati, meski manusia paling ganas sekali
Suara yang manis dalam bisik daun-daun
Gadis cacat dan ayat suci beralun
Meski tidak melihat, malah itulah pula
Kesuciannnya syurga hidup perdamaian manusia
Berdetiklah di hati, meski manusia paling ganas sekali
(Usman Awang)
Posted by Dedaun at 10:46 PM 0 comments
Labels: Usman awang
Tuesday, June 9, 2009
Antara cinta dan kegagalan
Cinta
Satu kisah tentang kehidupan
Satu kisah tentang kegagalan
Satu kisah tentang keberanian dan kebodohan
Apa bezanya cinta???
Semuanya sama
Kisah suka dan duka bersama
Andai saja mereka tahu
Pasti mereka tidak cuba untuk bercinta
Tapi???
Sememangnya mereka tahu
Dan
Mereka masih ingin bercinta
Kenapa???
Kerana tanpa cinta hidup ini kosong
Kerana tanpa cinta manusia tidak gembira
Tapi kenapa cinta itu penuh dengan duka?
Setiap kali kita gagal
Sedar atau tidak
Kita melangkah setapak kehadapan
Kerana kegagalan adalah satu permulaan dalam kehidupan
Seperti seorang bayi yang cuba berjalan
Tapi setiap kali ia cuba
Dia tetap akan jatuh
Dan akhirnya dia berjaya berjalan
Kemudian dia tidak terus berlari
Dia menyusun langkah demi langkah
Dan akhirnya dia berjaya berlari
Mulanya perlahan
Dan kemudian sedikit demi sedikit ia bertambah laju
Itu semua berpunca dari kegagalan
Dan persoalannya kenapa kita takut akan kegagalan???
Adalakah kita sudah serik dengan kegagalan???
Sedangkan kegagalan itulah puncanya kejayaan
Begitu juga dengan cinta
Kita takut bercinta
Dengan alasan kita selalu kecewa
Sedangkan bila kita kecewa kita sedar dia bukan milik kita
Dan itu masih belum terlambat
Sebelum dia menjadi pasangan hidup
Adakah itu dinamakan kegagalan???
Padaku itu adalah kejayaan
Kerana kejayaan sebenar datangnya dari kegagalan…
Posted by Dedaun at 8:22 AM 0 comments
SeindaH Kata Secantik Bahasa
Seindah kata secantik bahasa
Semerdu suara seuntai jiwa
Gambaran yang jelas tetapi sembunyi
Gemersik burung berkicauan
Seindah sinar kemenangan
Paduan jiwa yang bergelora
Didalam hati mula bicara
Alam ini nyata ataupun dusta
Yang pasti ia hanya sementara
Yang sementara itu harus disayangi
Yang kekal itu harus disanjungi
Tiada kata secantik bahasa
Tegaknya bangsa kerana bahasa
Tingginya budi kerana pekerti
Buruk pekerti memakan diri
Perang itu satu bencana
Kedamaian itu satu anugerah
Yang sensara jangan kita sisihkan
Ibarat mimpi didalam tidur
Bersyukur dengan nikmat yang dipinjamkan
Tawakal dengan dugaan yang diberi
Mencari apa yang belum ditemui
Supaya hidup lebih beerti…
Posted by Dedaun at 8:19 AM 0 comments
Renungkan
DALAM MENCARI KESEMPURNAAN
KITA LUPA KITA INI SEBENARNYA MANUSIA
DALAM MENGEJAR KESERASIAN
KITA LEKA DENGAN SEGALA PEMBERIAN
DUNIA INI PENUH DENGAN MUSLIHAT
DISEKELILING PENUH DENGAN PENJAHAT
YANG MENANTI UNTUK MENYESAT
WALAUPUN ITU ADALAH SEORANG SAHABAT
ORANG KATA CINTA ADALAH SEGALA
TIDUR TAK PERNAH LENA
SELALU TERINGATKAN SIDIA
TAPI AKHIRNYA KITA YANG TERLUKA
SEKARANG AKU KEMBALI
KEMBALI DENGAN DIRI AKU SENDIRI
YANG SEMUA TAK PERNAH KETAHUI
TAPI SEBENARNYA AKU TETAP DISINI
Posted by Dedaun at 6:46 AM 0 comments

