Cinta
Satu kisah tentang kehidupan
Satu kisah tentang kegagalan
Satu kisah tentang keberanian dan kebodohan
Apa bezanya cinta???
Semuanya sama
Kisah suka dan duka bersama
Andai saja mereka tahu
Pasti mereka tidak cuba untuk bercinta
Tapi???
Sememangnya mereka tahu
Dan
Mereka masih ingin bercinta
Kenapa???
Kerana tanpa cinta hidup ini kosong
Kerana tanpa cinta manusia tidak gembira
Tapi kenapa cinta itu penuh dengan duka?
Setiap kali kita gagal
Sedar atau tidak
Kita melangkah setapak kehadapan
Kerana kegagalan adalah satu permulaan dalam kehidupan
Seperti seorang bayi yang cuba berjalan
Tapi setiap kali ia cuba
Dia tetap akan jatuh
Dan akhirnya dia berjaya berjalan
Kemudian dia tidak terus berlari
Dia menyusun langkah demi langkah
Dan akhirnya dia berjaya berlari
Mulanya perlahan
Dan kemudian sedikit demi sedikit ia bertambah laju
Itu semua berpunca dari kegagalan
Dan persoalannya kenapa kita takut akan kegagalan???
Adalakah kita sudah serik dengan kegagalan???
Sedangkan kegagalan itulah puncanya kejayaan
Begitu juga dengan cinta
Kita takut bercinta
Dengan alasan kita selalu kecewa
Sedangkan bila kita kecewa kita sedar dia bukan milik kita
Dan itu masih belum terlambat
Sebelum dia menjadi pasangan hidup
Adakah itu dinamakan kegagalan???
Padaku itu adalah kejayaan
Kerana kejayaan sebenar datangnya dari kegagalan…
Tuesday, June 9, 2009
Antara cinta dan kegagalan
Posted by Dedaun at 8:22 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment