BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, June 9, 2009

SeindaH Kata Secantik Bahasa

Seindah kata secantik bahasa
Semerdu suara seuntai jiwa
Gambaran yang jelas tetapi sembunyi
Gemersik burung berkicauan
Seindah sinar kemenangan
Paduan jiwa yang bergelora
Didalam hati mula bicara
Alam ini nyata ataupun dusta
Yang pasti ia hanya sementara
Yang sementara itu harus disayangi
Yang kekal itu harus disanjungi
Tiada kata secantik bahasa
Tegaknya bangsa kerana bahasa
Tingginya budi kerana pekerti
Buruk pekerti memakan diri
Perang itu satu bencana
Kedamaian itu satu anugerah
Yang sensara jangan kita sisihkan
Ibarat mimpi didalam tidur
Bersyukur dengan nikmat yang dipinjamkan
Tawakal dengan dugaan yang diberi
Mencari apa yang belum ditemui
Supaya hidup lebih beerti…

0 comments: